Follow Dashboard
TITLE; Perasaan yang sering dialami setiap insan ♡
Friday, 19 July 2013 | 06:00 | 0 comments
Terkadang manusia akan melakukan kesilapan, melukakan saat di dalam bahagia, dan membahagiakan disaat duka datang menjelma. Jangan memaksa hati andai tidak mampu bertahan, jangan memaksa hati andai tidak tertahan perasaan yang terpaksa ditanggung. Andai adanya ego dalam diri, buanglah sekali untuk kebaikan diri setiap pasangan. Memaafkan dan dimaafkan perlulah ada supaya kemanisan sesuatu perhubungan itu dapat dirasakan.

Jika cinta, jika rindu, ucapkanlah supaya suatu hari nanti kita tidak terlambat untuk mengucapkannya. Jika sayangkan sesuatu, perlulah kita usahakannya dengan bersungguh, dan sentiasa berdoa kepadaNYA supaya dikuatkan iman, dikuatkan hati dua insan yang sedang membuai cinta, supaya dapat mengharungi segala dugaan berat dan ringan, dan bahagia bersama-sama.Cinta itu sangat berharga, hargailah saat ia berada di dalam hati, kerana ianya satu perasaan yang suci dan murni yang kita pinjamkan dari ILAHI. Bukan senang untuk kita memiliki perasaan yang agung ini, jadi, hargailah perasaan ini sebelum ILAHI tarik kembali perasaan yang agung ini kembali, yang ternyata dipinjam dariNYA.








Old things | New things