TITLE; KEHILANGAN
Monday, 22 July 2013 | 03:05 | 0 comments
Semua orang akan diuji oleh Allah , semua orang akan merasai kehilangan . Kesakitan kehilangan orang tersayang . Yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari hari . Namun bila sampainya hari Allah ambil dia semula. Kita akan rasa satu dentuman halilintar yang memecah gunung ganang. Sakit . Namun sebenarnya kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup kita nan indah dulu.
Rasullullah saw juga di uji .Pernah kehilangan orang tersayang , dua orang dalam tempoh berdekatan . Namun dia redha dan mengetahui betapa besar nilai ganjaran mereka bersabar & betapa sayang ALLAH kepada beliau.
Kalau rindu sangat , apa kita kena buat ? Paling penting kita kena sedar , yang dia pergi menghadap tuhan DIA, tuhan kita juga. yang kita juga akan temui nanti . Lepas tu, kita kena sibuk-sibukkan diri , pastinya dia tak mahu kita bersedih dan menyalahkan takdir kan ? Jadi kita kena kuat . Jangan terlalu bersedih, kasihanilah roh dia, kesihatan kita juga penting untuk orang lain yang sayang kita di atas muka bumi ni .
Aku cuma berharap aku akan mati ketika sedang beribadat kepada-Nya dan tiada siapa yang tahu aku sudah tiada kecuali keluarga aku sendiri . Assalamualaikum (':


Im not beauty queen. Im just Beautiful Me.
Assalamualaikum :) Welcome to my blog! I'm Aini Shahirah binti Suliman, the owner of this blog. Be nice here :) No harsh word and haters were allowed here. Thankyou :)
Site
Skin by; 



